December 17, 2010

Nafsu sini sana.

*NO GREETINGs*


Well.nafsu la.sapa xtaw sal ni?Smua taw.nafsu ni jahat.tp?kita layan x? layaan...sbb? "ala..xleh nk tahan.." "muda g..ebjoy luu...tua nty taubat laa" "nafsu(godaan;pompuan) yg mai..kita amik la.."..apa pown tgok la artikel copypaste bawah ni..


Saya nak kongsi mengenai apa yang saya dapat hari ni. Hari ni, ditakdirkan Allah, Allah memberi peringatan kepada saya semua mengenai NAFSU. Pagi-pagi saya  dah dapat mesej mengenainya, mesej tu berbunyi: 


"Tiada yang aku rawati lebih sukar daripada nafsuku sendiri, satu ketika aku mengalahkannya. dan satu ketika yang lain aku dikalahkannya" (Sufyan At-Thauri)



Memang betul, ada masa kita memang dapat kalahkan nafsu kita. Bilamana iman kita naik insyaAllah nafsu juga dalam kawalan dan panduan kita, tapi malangnya bilamana iman kita kurang, nafsu yang mengawal dan pandu kita. Nauzubillah. 


Sedang saya menyambung bacaan sebuah buku yang masih belum saya habis baca, saya terjumpa mengenai nafsu lagi. Wah, hari ni topik dan peringatan untuk saya mengenai nafsu nampaknya, Alhamdulillah! 






Ia adalah kunci untuk kita mengekang hawa nafsu kita. Kuncinya ialah: 

"Bagaimana dapat ditentang hawa nafsu, sedangkan ketika ia menyerang, ia menguasai 2/3 akal. Maka tiada jalan lain melainkan SABAR" (Imam As-Syafie)



Subhanallah, besar peranan sabar rupanya dalam kehidupan kita. Patutlah dalam Al-Quran banyak menyebut kelebihan orang bersabar. Seringkali kita diingatkan dan diberitakan Allah dalam Al-Quran "BERILAH KHABAR GEMBIRA BUAT MEREKA YANG BERSABAR", dan dalam ayat yang lain "SABAR ITU CANTIK/INDAH" dan Allah juga berjanji bahawa"ALLAH BERSAMA MEREKA YANG BERSABAR", masyaAllah bersabarkah aku dan dirimu dalam mengharungi kehidupan di muka bumi ni? 


Ya Allah, jauhi aku daripada pautan nafsu syaitan durjana ya Allah. Saya teruskan bacaan saya lagi, dalam ayat seterusnya menceritakan mengenai PENCINTA ALLAH, bagaimana SI PENCINTA ALLAH ITU? Apa kaitan dengan nafsu pulak? 

PENCINTA ALLAH ITU IALAH: "Seorang hamba yang menceraikan dirinya daripada gigitan nafsu, tidak putus-putus mengingati Allah, berdiri menegakkan hak-hak Allah dan memandang Allah dengan hatinya. Apabila dia berbicara, dia berbicara dengan Allah, apabila dia berdiskusi, diskusinya tentang Allah. Dia bergerak dengan perintah Allah. Diamnya bersama bersama Allah. Maka dia dengan Allah, Untuk Allah, dan bersama Allah" (Abu Bakar al-Kattani)



Mari muhasabah diri, ada kita punyai ciri-ciri di atas? Jujurnya, saya masih bermasalah dalam mengawal nafsu, maka masih tidak layak bergelar PENCINTA ALLAH. Mengatakan sayang dan cinta amat mudah, tapi dalam membuktikan rasa sayang dan cinta itu amat payah, ditambahi lagi dengan ujian-ujian yang menimpa diri. 


Ingatlah kita, NAFSU SENTIASA MENGARAH KEPADA KEMUNGKARAN! Bila nafsu kuasai diri, ini yang akan terjadi: 

"Apabila hawa nafsu sudah dominan, maka hati akan gelap. Apabila hati gelap, maka dada kan menyempit. Apabila dada menyempit, maka akhlak jadi buruk. Apabila akhlak buruk, maka makhluk akan membencinya" (Abu Bakar al-Hakim al-Warraaq)



Ya Allah Ya Tuhanku, jauhkan kami daripada pautan nafsu syaitan durjana dan kami berlindung pada-MU daripada kejahatan nafsu kami dan jadikanlah kami daripada golongan orang yang SABAR. 



So?baik xyah layan nafsu2 neh..mmg best kt dunia...kt akhirat?



Taken : iluvislam.com

December 16, 2010

The Apocalypse-Appearance of the Al-maseh ad-Dajjal

*No greetings.*

As I'm sure we all know,appearance of Dajjal is one of the Sign of Yaumul Qiamah. I had done many searches about this "Dajjal"(not a research,of coz),n i had stumbled upon many shocking things,about how great this Dajjal will be.N what i believe is this Dajjal is so great that Allah had gave him many specialty,to show how great  
the last test will be.of coz many people will claim that "He's a god".Well.He's not.N we believe that.
the point is do we know what is  his abilities are?we can juz say "his Paradise is Hell,his Hell is paradise".Do we realize that will happen when that day come?there will be no food at all ! NOTHING! but this Dajjal will come n offer us EVERYTHING! can we resist his offer? that is the problem.Well..about Dajjal...

He will emerge between Shaam and Iraq, and his emergence will become known when he is in Isfahaan at a place called Yahudea. 
The Yahudis (Jews) of Isfahaan will be his main followers. 
Apart from having mainly Yahudi followers, he will have a great number of women followers as well. 
He will have with him fire and water, but in reality the fire will be cold water while that what appears to be cold water will in reality be a blazing fire. 
Those who obey him will enter "his Jannat" while those who disobey him will enter "his Jahannam." 
There will be a thick fingernail-like object in his left eye. 
The letters "Kaa" "Faa" "Raa" will appear on his forehead and will be deciphered by all Mu'mineen regardless of them being literate or not. 
He will have a wheatish complexion. 
He will travel at great speeds and his means of conveyance will be a gigantic mule. It is said that he will play beautiful music which will attract the music lovers. 
Dajjal will lay claim to prophethood. 
He will then lay claim to Divinity. 
He will perform unusual feats. 
He will travel the entire world. He will send down rains upon those who believe in him, which in turn will cause good crops to grow, trees to bear fruit and cattle to grow fat. 
He will cause drought to those who disbelieve in him, resulting in starvation and hardship for them. 
During those trying times the Mu'mineen will satiate their hunger through the recitation of Subhanallah and La'ilaha Ilallahu. 
The hidden treasures will spill forth at his command. He will stay on this Earth for a period of forty days; the length of the first day will be one year, the second day will be equal to one month, the third day will be equal to a week and the remaining days will be normal. 
He will be unable to enter Makkah because the Malaikah will be guarding the Holy City and nor will he be able to enter Madina because there will be Malaikah guarding each of the seven entrances to Madina; From Madina he will proceed towards Shaam where Imaam Mahdi will be stationed. 
Finally Isa (A.S.) will descend from the heavens and pursue him and eventually kill him at present day Lydda (Baad Lud).





     SO...we better prepare ourself..prepare our Iman to the highest degree.As written somewhere that our food will only be the Zikir(all type of Zikir-i cant remember).So...try to achieve that level of Iman!
Thanks.
Taken from :www.islam.tc 
           :"Signs of Qiyamah" 
                         by Mohammed Ali Ibn Zubair Ali  

December 15, 2010

Dunia Akhir Zaman

Monologku . .
Ku melihat ke kiri ,
Ternampak seorang gadis tanpa tudungnya . .
Ku alihkan pandangan ke kanan ,
Seorang lelaki berjalan menggunakan seluar pendek hingga menampakkan lututnya . .
Ku alihkan lagi pandanganku , lagi , lagi dan sekali lagi . .
Tetap juga ku lihat insani yang yang membawa imej islam lalu mencemarkannya . .
Lalu ku tundukkan pandangan dengan harapan supaya aku tidak melihat ragam-ragam manusia di sekelilingku . .

Teringatku kata-kata nukilan seorang sahabat ,
"Sebilangan muallaf itu lebih baik dari sebilangan muslim yang mendapatkan agama itu dari kedua ibubapanya . ."Setuju !
Kerana muallaf itu masuk Islam kerana dia MAHU !
Dan dia menginginkannya . .
Tetapi generasi islam masuk Islam kerana IBUBAPAnya !
Bukan kerana dia memahami Islam dengan sebenar-benarnya . .

Pelikkan ,
Yang bukan beragama Islam ingin memasuki Islam tetapi yang beragama Islam seperti ingin meninggalkan Islam pula . .
Inilah akibatnya pabila ajaran Islam ditinggalkan dan dibiarkan sepi . .
Mata pelajaran Bahasa Inggeris pula dibanggakan sedangkan Bahasa Arab adalah bahasa terbaik hinggalah ke alam akhirat . .
Adakah Malaikat menanyakan pada ahli kubur semasa di alam kubur ,
Who is your god ?
Lucu pula mendengarnya . .
Mereka akan bertanya ,
Man Robbuka ?Tidakkah itu dalam Bahasa Arab ?

Rasulullah saw bersabda :
"Apabila umatku membesar-besarkan dunia maka akan dicabut daripada mereka kehebatan Islam dan apabila mereka meninggalkan amr-bil-ma'aruf dan nahi-'anil-mungkar , mereka akan kehilangan keberkatan wahyu dan apabila mereka caci mencaci antara satu sama lain mereka akan gugur dari pandangan Allah"
Inilah yang terjadi pada tika ini , lihatlah manusia-manusia yang kini mengejar dunia seakan-akan dunia lari darinya . .
Tika pengejaran itulah segala kebenaran dan kebatilan tidak ditegakkan lagi . .
Golongan tua dan muda menjadikan caci-maki sebagai satu amalan . .
Lalu ada Allah akan memandang orang yang mencaci maki saudaranya ?
Tidak !

Hayati video dibawah . .






Info !

Tanda-tanda kecil Kiamat
Didapati kini bahawa seluruh tanda-tanda kecil telah muncul dan terbukti seperti yang dinyatakan dalam hadis. Kebanyakan hadis-hadis ini dapat ditemukan di dalam Sahih Muslim, Sahih Bukhari dan Riwayat Tarmizi.

-Penaklukan Baitulmuqaddis

“ Dari Auf b. Malik r.a., katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." - Sahih Bukhari ”
-Zina bermaharajalela

“ "Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim ”
-Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik

-Bermaharajalela alat muzik

“ Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita" - Ibnu Majah ”
-Menghias masjid dan membanggakannya

“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai. ”
-Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik

“ Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim ”

-Ramai orang menuntut ilmu kerana pangkat dan kedudukan

-Ramai orang soleh meninggal dunia

“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama dimuka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran - Riwayat Ahmad ”

-Orang hina mendapat kedudukan terhormat

“ Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" - Riwayat Thabrani ”
-Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja

“ "Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja." - Riwayat Ahmad ”
-Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang

“ Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang." ”
-Bulan sabit kelihatan besar

“ Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani ”
-Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita

“ Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim ”

-Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar

“ Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad ”

-Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai

“ Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim ”
-Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa

-Jarak-jarak antara pasar menjadi dekat (menunjukkan banyaknya kegiatan perdagangan)

“ Banyaknya sifat bohong, pendeknya waktu, dekatnya jarak-jarak antara pasar-pasar." - Riwayat Bukhari ”
-Manusia mewarnai rambut di kepalanya dengan warna hitam supaya kelihatan muda

“ Pada akhir zaman akan muncul suatu kaum yang mencelupi rambut mereka dengan warna hitam seperti 'bulu merpati' yang mereka itu tidak akan mencium bau syurga." - Sahih Abu Daud & Nasai ”
-Kekayaan umum dikuasai segelintir orang tanpa kebenaran dan tanpa rasa takut, termasuk
rasuah dan mengambil harta secara tersembunyi.

-Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.

-Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.

-Orang akan melakukan homoseksual.

-Akan terdapat ramai anak luar nikah !

-Berkurangnya sifat amanah.

-Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)

-Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya

-Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya

-Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid

-Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik

-Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya

“ Dari Ali dan Abu Hurairah r.a.: "Apabila harta rampasan perang (milik umum) dikuasai segelintir orang sahaja, barang amanah menjadi rampasan, harta zakat menjadi hutang, seorang lelaki mentaati isterinya dan menderhakai ibunya, berbuat baik kepada temannya dan berbuat kasar kepada bapanya, suara-suara tinggi di masjid-masjid, yang menjadi pemimpin suatu kaum (bangsa) adalah orang yang hina (berkelakuan/bersifat keji) di antara mereka dan orang yang menjadi ketua suatu suku (kabilah) adalah orang fasik di antara mereka, seorang lelaki dihormati kerana takut jahatnya, arak biasa diminum, sutera biasa dipakai (oleh lelaki), munculnya penyanyi perempuan dan alat-alat muzik, orang yang di kalangan umat terkemudian akan melaknat (mengutuk) umat terdahulu, maka ketika itu hendaklah mereka menunggu kedatangan angin merah atau pembalikan bumi atau keburukan bentuk-bentuk atau tanda-tanda yang beriringan seperti tali yang putus maka jatuhlah biji secara berterusan". - Riwayat Tarmizi ”
-Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan

-Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...

-Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

-Memandang rendah kepada darah

“ Rasulullah bersabda: "Bersegeralah untuk melakukan amal soleh apabila telah muncul enam perkara: perlantikan pemimpin yang bodoh, ramainya bilangan anggota polis, penjualan kepemimpinan, tiada penghargaan terhadap darah, pemutusan silaturrahim, orang mabuk menjadikan al-Quran sebagai alat nyanyi yang mereka mendahulukan seseorang antara mereka menjadi imam agar dapat menyanyikannya walaupun orang tersebut paling sedikit ilmunya." - Sahih Riwayat Tabrani & Ahmad ”
-Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)

“ Dari riwayat Ibnu Masud: "Di pintu gerbang (dekatnya) hari kiamat: Salam hanya kepada orang yang khusus (sudah dikenalinya), tersebar dan berkembangnya perdagangan sehingga seorang isteri membantu suaminya berdagang" - Sahih Lighairihi Riwayat Ahmad ”
-Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam

“ Apabila umatku berjalan dengan sombong dan yang melayan mereka adalah putera-puteri raja, putera-puteri Parsi dan Rom, maka orang yang paling buruk akan berkuasa terhadap orang yang paling baik (pilihannya)." - Riwayat Tarmizi, Sahih Abdullah ibnu Umar r.a. ”
-Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan

“ Sungguh hebat dia, sunggu jarang orang seperti dia dan sungguh pintar dia sedangkan di dalamnya tidak ada iman sedikitpun" - Riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tarmizi, Ibnu Majah ”-Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan

“ "Tidak akan berlaku kiamat sehingga apabila seorang lelaki melalui sebuah kubur maka ia akan berkata: 'Aduhai seandainya aku juga berada ditempatnya.'" - Riwayat Bukhari dan Muslim ”
-Banyaknya berlaku gempa bumi

-Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan

-Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan

“ "Kiamat tidak akan berlaku kecuali apabila ilmu telah diangkat, banyaknya berlaku gempa bumi, timbulnya huru-hara dan banyak pergaduhan iaitu pembunuhan - Sahih Bukhari ”
-Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba

-Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat

“ Masjid dijadikan sebagai jalan-jalan dan timbulnya mati mendadak" - Hasan At-Tayalisy


Tanda-tanda besar Kiamat . .

-Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.
-Lahirnya Dajjal.
-Keluar asap tebal.
-Turunnya Nabi Isa a.s.
-Kemunculan Imam Mahdi.
-Matahari terbit dari ufuk barat.
-Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.
-Diangkat al-Quran dan perkara-perkara yang baik
-Runtuhnya Ka'abah
-Terdengar tiupan sangkakala pertama.
-Ada azan tak di jawab
-3 kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat, dan yang ketiga di Semenanjung Arab.

Because of Allah,I Love You!

Rasulullah bersabda;
'Barangsiapa yang memiliki 3 sifat ini, nescaya ia akan merasakan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan RasulNya melebihi segala-segalanya. Mencintai seseorang hanya kerana Allah dan tidak mahu lagi kembali kepada kafir setelah diselamatkan oleh Allah sebagaimana ia tidak mahu apabila dilemparkan ke dalam neraka."( Bukhari, Kitab: Iman 1/77, No.16. Muslim, Kitab: Iman 1/66, No. 43)


Fitrah!
Apa rasionalnya topik ini dibincangkan? Ianya kerana rata-rata golongan manusia termasuk para dai'e pasti pernah atau akan merasai cinta, pasti pernah kecundang dengannya atau mungkin berakhir dengan bahagia dengan cinta.
Dari Anas ra. dari Nabi saw, beliau bersabda;
"Tidaklah sempurna iman seseorang sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri. ( al-Bukhari 13. Muslim 45)





Layakkah?
'Kita tidak boleh mencintai orang lain, sebelum mencintai diri sendiri. Dan kita tidak boleh mencintai diri sendiri... sebelum mencintai Allah". Persoalannya di sini adakah kita sudah mencintai Allah? Mencintai Allah dalam erti kata sebenar ialah mencintai apa yang Allah cintai dan membenci apa yang Allah benci. Kita lihat kini, ramai yang sudah mencintai orang lain seawal umur darjah 5, tetapi adakah mereka mencintai Allah dan diri mereka sendiri? Jawapannya terdapat pada hubungan itu samaada ia kekal atau tidak. Cinta pada diri sendiri ialah dengan tidak menzalimi diri sendiri dengan sesuatu.
Firman Allah;
Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai ilahnya(Tuhan) dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?(QS. 45:23)


Fahami!
Perlu difahamkan di sini dengan sejelas-jelasnya bahawa cinta itu ialah pertautan dari hati ke hatidan bukan seperti yang diagung-agungkan barat yang memanipulasi cinta dengan 'contact' badaniiaitu pergaulan bebas. Ingatlah,
"cinta yang lazimnya ditujukan kepada pemuasan hawa nafsu semata, sebenarnya ialah cinta yang diilhamkan Tuhan untuk haiwan." ( al-farabi)
Yang menghairankan bahawa umat islam sendiri pula yang terkinja-kinja untuk mengikut jejak langkah barat. Buktinya kes cerai, anak luar nikah dan pelbagai kancah zina. Beginilah akibat'islamophibia'. Pesanku, 'berhati-hatilah menjaga hati dengan berhati-hati meletakkan cinta di dalamnya. Jangan dibiarkan hati itu dipenuhi oleh cinta yang jaat, buruk dan 'cacat'. Bagaimana benih cinta yang kita tanam dan suburkan dalam jiwa, begitulah pohon yang akan tumbuh dan berbuah pada fikiran dan seluruh tindakan."


Peraturan cinta!
Menurut buku'Tentang Cinta' karangan Ustaz Pahrol Mohd Juoi terdapat 2 peraturan untuk melayakkan seseorang itu bercinta;

  1. Hendaklah cinta kita itu didasarkan pada cinta Allah
  2. Pastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum Allah yang dilanggar.
"Tidak payah bersentuhan tangan kerana mereka sudah bersentuhan hati. Tak payah berbalas kerlingan mata kerana mereka sudah pun berbalas-balas doa'.



Hayati firman Allah melalui lidah kekasihnya, Muhammad saw;
..."Jika seorang hambaNya menahan keinginannya dae sesuatu yang haram kerana Allah, maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"...


Cinta sejati?
Menurut pakar psikologi, "cinta itu komitmen, tanggungjawab dan amanah". Menurut kamus dewan ke-IV pula cinta merujuk kepada perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan, perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu. Cinta itu terlalu abstract dan bersifat maknawi ia juga amat universal. Hukama ada berkata, "cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kerana kesalahan". Cinta sejati itu dialirkan oleh Allah ke dalam hati, ia muncul dari dalam ke luar iaitu dari hati turun ke mata dan lain-lain anggota. Oleh itu, cinta tidak akan dapat di'tidak'kan tetapi ia hanya perlukan pengawalan yang ketat.

Cinta kalau bahasanya hati... itulah cinta hakiki
Kasih jika dasarnya Rabbi... itulah kasih sejati
Cinta ini pasti akan diuji kerana itu sudah tradisi janji...
(Jendela Hati 1993)



Nabi bersabda;
"Seseorang itu akan bersama orang yang dicintainya". ( al-Bukhari, Kitab: Adab X/573, No. 6170. Muslim, Kitab: Kebajikan, Silaturrahmi dan Adab IV/2034, No. 2641)


Tips, anda sudah bersedia jika?
  • Niat anda memang untuk berkahwin dengan 'sidia' demi menjaga agama dan akhlak agar sentiasa terpelihara.
  • Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang telah diharamkan oleh agama.
  • Sudah 'lepas' ilmu fardu ain dan mempunyai tahap akademik yang baik dalam pengajian anda atau sebaik-baiknya mempunyai pekerjaan yang tetap. Kepada yang masih belajar, bolehlah mencuba nikah kitbah atau gantung.[Link]
  • Sudah istiqomah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim sejati dalam erti kata yang sebenar.
  • Jangan lupa matangkan diri anda kerana orang yang matang ialah mereka yang mampu berfikir dengan baik, sudah boleh mengawal perasaan dan serba sedikit memiliki jiwa yang tenang.




Jadi Soleh bukan cari solehah!
Firman Allah;
Wanita-wanita yang tidak baik adalah untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah buat wanita-wanita yang tidak baik (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)...(QS. 24:26)
"Cinta yang dicari adalah baik tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik". Ingatlah bahawa, "kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang. Bukan terletak pada wajah dan pakaiannya".( Hamka)
Oleh itu, jadilah seorang yang soleh dahulu baru cari yang solehah ya!
Kalau da suka, jangan lupa beritahu!
Dari Abu Karimah al-Migdad bin Ma'di Kariba ra, dari Nabi saw, beliau bersabda;
"Apabila seseorang mencintai saudaranya, beritahukan kepada bahawa ia mencintainya."(Hadis sahih Abu Daud, Kitab: Adab IV/332, No. 5124)




Kisah Ummu al-Darda'
Nama asalnya ialah Hujaimiah al-Himyarian. Beliau adalah isteri Abu al-Darda', seorang sahabat Nabi saw yang hidup di Syam. Meskipun jarak usia mereka agak jauh, di mana Abu al-Darda' lebih tua beberapa puluh tahun daripadanya, namun mereka adalah pasangan yang sangat bahagia.
Suatu hari Ummu al-Darda' berdoa di hadapan suaminya, " Ya Allah, sesungguhnya Abu al-Darda' meminangku di dunia, lalu kau menikahi. maka sekarang aku meminangnya kepada-Mu untuk menjadi suamiku di syurga".
Mendengar ucapan ini, Abu al-Darda' berkata, "Jika engkau ingin menjadi isteriku di syurga, janganlah menikah lagi setelah aku meninggal dunia".

Terima kasih sahabat atas nasihatmu;

Peliharalah diri dan hatimu,
Buat 'ajnabi yang halal' untukmu,
Jagalah mahar cintamu agar,
Tidak tercemar dek tafsiran hati yang masih sangsi,
Hamparkanlah rasamu hanya untuk 'Dia' yg selayaknya...


Nukilan hati Hamba buat 'sidia'

Ya Allah, engKau perkuatkanlah mujahadah ku melawan hawa nafsu yang sentiasa membawa kepada kejahatan...
Ya Allah, engKau titipkanlah kasih sayang di antara kami berdua dengan keredhaan Mu...
Sesungguhnya setiap inci hidup kami adalah kerana Mu...
Maka, engKau jalinkanlah cinta itu demi mengharapkan CINTA MU...
Jauhilah kami dari pelbagai jenis zina mahupun maksiat yang akan mengundang kemurkaanMu semasa dalam perhubungan ini...
Allah, aku berpegang pada firman Mu melalui lidah kekasih Mu Muhammad saw;
..."Jika seorang hambaNya menahan keinginannya dae sesuatu yang haram kerana Allah, maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"...

Dari Jarir bin Abdullah, ia berkata, Rasulullah saw bersabda;
Barangsiapa yang tidak menyayangi sesama manusia, nescaya Allah tidak menyayanginya.(Sahih al-Bukhari, 7376, 6013, Sahih Muslim 2319)

Dari Abu Hurairah ra. dari Rasulullah saw;
"Seorang wanita itu dikahwini kerana 4 hal; 1-hartanya, 2-nasab keturunannya, 3-kecantikannya atau kerana 4-agamanya. carilah wanita yang beragama, nescaya kamu akan bahagia."( Bukhari, Kitab: Nikah IX/35, No. 5090. Muslim, Kitab: Penyusuan II/2086. No. 1466) 
SubhanakAllahumma wabihamdik, ashaduallah ila a illa anta, astaghfiruka wa atubu ilaik.


Komik Cinta Anta Anti!




December 1, 2010

Running Away from STPM

Yo..
At Last...aku bjaya lri dri form 6...
aku dpt twaran p U**....
fuh...bez giler...sujud syukur aku ari 2...
n aku pown uruslah sgala urusan sblum pendaftaran...
stelah mlalui pelbagai hlangan...
aku jejak kaki ke U** kampus *****...
 -CRita Bermula-

smpai2 jek,trus nmpak spupu aku...huhuh...xsempat trun bas gpown..
then stelah bersusah pyah kuarkn mcm2 brg dr bas,kmi p lah M.O...amik kunci blik...
then dpt la kunci sowg 1,1 blik ada 8 org...tp katil ada 16...fuh..free giler...bebas2...besaq lak 2...
tp time 2 xdpat jadual g...so untuk smggu rilek dlu..rilek2 pown duit abis blambak...
---
jadual dh dpt,course2 smua dh register,so esok 2..eh x.ptg 2 jgak,bermulalah klas...
then slepas 1 jgka masa...aku mula tension...lupa nk gtau...aku x dpt cos yg aku mnx...sbaliknya aku dpt cos yg aku x suka gila...
kna blajaq subjek yg aku anti...
ahhh!!!gila!!
Then,dgan xsemena2nya,aku cek la status permohonan U***...
aku dpt~!!cos yg aku suka lak 2!!
pa g...gtau mak aku,aku nk pndah..
bncang2,then mak aku agreed..
fuh...aku pown p lah blik U**...sbb nk mnx surat brenti...
then slepas proses2 brenti,,,DONE!
aku bkan lg plajar U**...
bye2 U**...